Tak faham kenapa pembangkang nak buat sibuk dengan keputusan Perdana Menteri melantik Datuk Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, lu siapa?
Memang Tabung Haji itu institusi awam, tapi hak melantik Pengerusi adalah hak mutlak kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia ini. Siapa itu, kerajaan BNlah, bukan pembangkang. Pembangkang adalah tetap pembangkang, bukan kerajaan.
Kalah buat cara kalah.
Adakah BN pernah pertikai kerajaan negeri pembangkang nak lantik siapa sebagai Pengerusi anak syarikat negeri masing-masing? Lantik abang Raja Petra sebagai Pengerusi KSSB, lantik kroni sendiri jadi Pengerusi Kulim Hi-Tech (dulu), lantik Mat Sabu dalam perbadanan air Pulau Pinang dan sebagainya, ada?
Lebih teruk lagi, pembangkang lantik peliwat (disahkan oleh undi popular para hakim) dan penzina (ada rekod video) jadi Penasihat Ekonomi Negeri pun BN tak pernah bising.
Sedangkan Azeez tidak ada rekod itu, video terkam pelacur tarak, video terkam jantan pun tarak.
Jadi siapa pulak pembangkang hari ini nak mempersoalkan keputusan kerajaan untuk melantik Azeez. Lagipun, Azeez bukan baru dengan Tabung Haji, sebelum ini beliau adalah ahli lembaga Pengarah Tabung Haji dan banyak buat kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat Islam/bukan Islam di negara ini dan di serata dunia.
Sikap ini (enggan terima kekalahan dan perasan menang), perlulah dihentikan, buat malu dengan budak-budak. Hari ini pun semakin ramai orang nampak pembangkang ini bodoh sebab iktiraf kerusi yang mereka menang, tidak iktiraf kerusi yang mereka kalah.
Begitu juga dengan tak terima keputusan PRU13, tapi masing-masing bergaya sakan angkat sumpah jawatan di Parlimen 24 Jun yang lepas, sementara lembu-lembu belaan baring atas jalan luar bangunan pilihanraya membantah keputusan PRU13.
Anyway, itu cerita lain, ceritanya sekarang pembangkang yang majoriti terdiri dari ahli Parlimen bukan Islam ini tidak layak sama sekali untuk mempertikaikan perlantikan Azeez.
Tabung Haji ini adalah program yang diperkenalkan kerajaan BN dan terbukti yang paling berjaya di dunia. Walaupun seringkali dituduh menolak Islam, tapi banyak juga pemimpin pembangkang hari ini bergelar haji pun melalui program yang diuruskan Tabung Haji, jadi sedar diri sikit.
Tolak Nik Aziz yang pergi dengan pakej haji mewah yang diuruskan pihak swasta serta dibiayai atas ’sedekah’ syarikat yang dapat kontrak pasang papan tanda muka Nik Aziz di seluruh Kelantan – siapa yang cukup bodoh nak percaya itu, terpulanglah.
Nasihat penulis, jaga negeri masing-masing sudah. Selangor tu dah nak hampir bankrap dah, belanja duit macam mak bapak dia punya duit, belum pun setengah tahun bajet 2013 dah habis disakau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan