Rabu, 5 Jun 2013

peruntukkan seksyen 420 jenayah tipu masih boleh dipinda

siri 128/2013 MInda PLA

dalam perundangan, seseorang yang dituduh di bawah seksyen 420 masih ada peluang buat representasi melalui [peguam untuk meminda pertuduhan kepada seksyen 418 kanun keseksaan kerana hukuman di bawah seksyen 420 kanu keseksaan adalah berat, hukuman minimum penjara setahun dan mandatori sebatan sekali berbanding seksyen 418 tiada hukuman dan penajara mandatori , seksyen 418 masih dalam ruang lingkup menipu sama seksyen 420 tetapi elemn buktian sertA HUKUMAN LEBIH RINGAN

Tipu bank: Dua sahabat didenda RM20,000

KOTA BHARU 5 Jun - Dua sahabat masing-masing didenda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah menipu Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) membabitkan transaksi pembiayaan perumahan sehingga mengakibatkan bank berkenaan kerugian sebanyak RM152,196, tujuh tahun lalu.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus turut memerintahkan kedua tertuduh, Rosmali Abd. Rahman, 32, dan rakannya, Mohd. Hairuddin Harun, 39, dipenjara 20 bulan berkuat kuasa serta merta sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun membayar denda berkenaan.

Beliau menjatuhkan hukuman itu selepas Rosmali selaku tertuduh pertama dan Mohd. Hairuddin, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut antara 15 Septemper 2005 hingga 5 Disember 2005 bertempat di Bank Islam cawangan Kota Bharu di sini.

Berdasarkan pertuduhan, Rosmali, seorang juruukur swasta dan Mohd. Hairuddin, bekas Eksekutif Pusat Pentadbiran Kredit Bank Islam Kota Bharu ketika kejadian, secara bersama mengemukakan dokumen palsu iaitu sijil nilaian kerja bertarikh 15 September 2005 dan 5 Disember 2005, untuk tujuan pembinaan rumah di Mukim Guntong, Kota Bharu bernilai RM152,196.

Kedua tertuduh yang berasal dari daerah ini didakwa mengemukakan dokumen tersebut dengan niat untuk memperolehi wang selepas mereka mengetahui bahawa pembinaan rumah itu tidak pernah dilaksanakan.

Atas kesalahan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut akta sama iaitu penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan