CEO CIMB dipersoal sokong Azran
Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini menjelaskan, mereka kesal dengan tindakan Nazir itu dan menyifatkan beliau terperangkap dalam kerangka minda membelakangkan sensitiviti kaum Melayu.
Sehubungan itu, pertubuhan berkenaan secara sinis meminta Nazir bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka dengan Azran demi menguatkan lagi sikap anti-Melayu mereka.
Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa Seperti Kacang Lupakan Kulit.
Janganlah hanya disebabkan bank dipimpin oleh Nazir menjadi penasihat utama AirAsia X, maka beliau sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya mengharapkan pembelaan daripada anak-anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau," kata kenyataan itu.
Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.
Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.
Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian Pengarang Utusan)."
Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya akan menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, Gabungan NGO Islam juga menggesa Nazir serta Azran supaya segera sedar asal-usul mereka dan jangan sekali-kali bersikap angkuh dengan wang, kekayaan termasuklah pangkat yang dimiliki.
Apa yang anda berdua miliki adalah hasil perit-jerih nenek moyang bangsa Melayu menyabung nyawa, jiwa dan raga mempertahankan tanah tumpah darah yang bertuah ini.
Adakah benar seperti yang pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa anak Melayu seperti anda adalah Melayu mudah lupa?" jelas kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan