Ekoran kemerosotan BN dalam PRU13 telah ada cadangan BN dijadikan sebagai sebuah parti tunggal. Kata lainnya, sudah tak wujud lagi UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain. Ada yang menyokong dan kira-kira lebih ramai di kalangan pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong cadangan itu.Kenapa?
Jikalau diteliti, prestasi UMNO dalam PRU13 agak baik berbanding dengan parti-parti komponen lain. Selain calon BN dari UMNO menunjukkan peningkatan jumlah calon yang menang di peringkat Parlimen malahan banyak calon-calon UMNO yang menang di DUN hingga kerajaan negeri PAS dapat ditumbangkan dalam PRU13. Oleh itu tidak ada sebab UMNO padamkan dan digantikan dengan BN sebagai parti tunggal.
Kemerosotan BN secara keseluruhannya dalam PRU13 perlu dilihat dan dikaji dari aspek yang lain. Cadangan BN sebagai parti tunggal nampaknya sebagai satu cadangan yang janggal dan pelik. Apakah kita yakin dengan BN sebagai satu parti tunggal boleh menarik lebih ramai pengundi menyokong BN? Atau sebaliknya akan menimbulkan lagi masalah lain yang terus menjejaskan peluang BN untuk kembali memerintah dalam PRU14 akan datang?
Selaku orang Melayu dan ahli UMNO, cadangan BN sebagai satu parti tunggal adalah tidak wajar. Sudah cukup, selama lama kita lihat orang Melayu semakin hilang identiti. Sebenarnya, kita orang-orang Melayu semakin lama semakin hilang identiti. Lihatlah Bahasa Melayu digantikan dengan bahasa kebangsaan, tulisan jawi semakin pupus penggunaannya dan Keretapi Tanah Melayu sudah lenyap dengan perubahan masa yang memerlukan kita bertolakansur. Sudah pasti cadangan BN sebagai satu parti tunggal secara tidak langsung akan menghapuskan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu yang akan lenyap dalam sejarah negara. Apakah cadangan UMNO dilenyapkan dalam arena politik negara moden ini boleh menjamin survival BN sebagai parti pemerintah untuk 100 tahun lagi? Fikir-fikirlah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan