Umno Perlu Transformasi Dalaman
ULASAN SEMASA : Kerajaan sudah memulakan langkah pencegahan agar sebarang kemungkinan yang mampu mengganggu keamanan dan keharmonian negara ini di tolak – dengan penahanan beberapa tokoh kepimpinan dan kepimpinan pelajar. Menteri KDN sudah memaklumkan bahawa beliau akan bertindak keras – menangkap kerana pencegahan awal adalah langkah yang lebih baik daripada memperbaiki kerosakan yang telah dilakukan. Namun semua ini adalah inisiatif kerajaan dalam memastikan semua program dibendung dan sebarang bentuk hasutan di hentikan. Semua urusan ini diletakkan di atas bahu Kementerian dan dalam masa yang sama – kepimpinan UMNO lain di peringkat bahagian dan cawangan hanya mencelah – tersipu-sipu.
Sepatutnya – Barisan Nasional dan UMNO dalam usaha dan konteks politik, meneruskan agenda penerangan dari hanya membiarkan Kerajaan dan Jabatan Keselamatan bertindak sendiri tanpa ada usaha menyeluruh dari UMNO. Belum nampak inisiatif dari UMNO dan Barisan Nasional sendiri secara konklusif menerangkan berbagai-bagai isu yang diketengahkan oleh pembangkang khususnya berhubung dengan isu SPR. UMNO khususnya meletakkan bahu kerja kepada Menteri dan kerajaan dalam usaha menerangkan dan menafikan tuduhan pembangkang. UMNO khususnya masih menanti – menjarakkan transformasi yang menjadi terma UMNO dari pelaksanaan yang berkesan.
Mungkin ada tetapi ia tidak menyeluruh. Mungkin UMNO dengan ada representasi mereka yang kini bergelar YB dan YAB maka tugas-tugas menjual ideal UMNO untuk diterima semua khususnya Melayu terbantut. UMNO perlu melakukan penstrukturan semula organisasi mereka agar pegawai-pegawai dalam organisasi UMNO lebih pro aktif dan tidak bertindak saling tidak tumpah sebagai penjawat awam yang diam dan tidak progresif.
Penstrukturan semula organisasi perlu mengambil langkah yang drastik – mempunyai kekukuhan dalaman dan bertindak dalam kerangka politik dan bukan sebagai mereka yang menanti masa untuk pulang ke rumah. Pegawai dalam struktur perkhidmatan UMNO perlu mempunyai kekuatan dalam melihat senario politik dan menawarkan langkah yang lebih berkesan demi menarik semula rakyat untuk menyokong politik BN/UMNO. Selagi itu tidak dilakukan – selagi mereka dalam struktur perkhidmatan dalam UMNO hanya bertindak sebagai penjawat awam – selagi itu perkembangan yang diharapkan oleh UMNO mengecut dan hilang maya.
Presiden UMNO perlu menimbang semula jawatan-jawatan strategi yang ada – memberi suntikan baru – menghalangkan langkah untuk sampai ke PRU 14 nanti. Organisasi UMNO perlu disuntik dengan mereka yang benar-benar berkhidmat – kerana khidmat mereka adalah pada parti politik BN/UMNO. Selagi organisasi dalam UMNO – melantik melalui proses penilaian semula untuk memastikan UMNO pro aktif dan terus bersedia melakukan langkah awal dari hanya berpeluk tubuh dan mengangguk – menanti dan terus menanti. Perjuangan UMNO perlu ditingkatkan lagi dalam masa yang luas ini sebelum menjelang PRU 14 nanti. Mungkin perubahan perlu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan