Nampak gayanya, sudah tentu Si Ketua Penipu tu panas telinga lepas kena 'sound' dek puak - puak Rejim PAS Kelantan. Lepas sorang sorang tibai dia.
Hari tu Menteri Besar Kelantan tampil menyatakan bahawa semua pihak perlu redha dan menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.
Sekarang, Pilihan Raya Umum pun dah habis. Tiba masanya untuk semua orang buat kerja menjaga Kebajikan Rakyat dan bersama membina Negara.
Sekarang bukan masanya untuk buat kerja - kerja yang bukan - bukan dan yang tak mendatangkan faedah. Maka sebab itu PAS tolak Keganasan untuk gulingkan Kerajaan.
Kini, tiba pulak giliran Timbalan Menteri Besar Kelantan pulak bersuara mengkritik serta menyindir tindakan yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu itu.
Dah tentu - tentu Si Ketua Penipu tu menyesal bila Si Nik Aziz melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar ye tak. Kalau dulu, boleh jugak dia jerut leher Nik Aziz tu. Sekarang ni, leher dia pulak yang terjerut!!! Jangan mati kena gantung sudah la!!!
KOTA BAHARU: PAS Kelantan senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata hari ini usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara."Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu, berkata jika perhimpunan itu dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan ia tidaklah menjadi kesalahan bagi pengikut parti itu berkumpul menzahirkan bantahan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan