Jumaat, 31 Mei 2013

preside umno sila buka sejarah politik cina

Dalang-dalang pengkhianat dari PKR/DAP macam ular berbisa, menyelinap masuk membelit UMNO dari dalam UMNO atau BN. Patutlah ada pemimpin UMNO yang sampai puji melangit dan sanggup tunduk kepada cadangan Gerakan nak 1Bangsa parti BN - yang sebenarnya asas perjuangan DAP yang amat rakus nak hapuskan hak, warisan dan identiti Melayu, dan Bumiputera lain, dan Islam (sebab itu Cina DAP terutamanya, amat benci 1Malaysia yang masih mempertahankan pelbagai bangsa, warisan dan hak termasuk untuk Melayu dan Bumiputera lain, dan Islam). Yang hairannya, World Street Journal (WSJ) yang dikuasai sekutu kuat Zionis yang amat anti-Islam, Rupert Murdoch News Corp beriya memuji Jusuf Kalla dan rancangan perjanjian damai yang tak masuk akal, bahaya dan palsu antara Anwar dan PM kita (lihat bahayanya WSJ di http://www.guardian.co.uk/media/2006/jul/28/citynews.broadcasting, Bono and Blair to join Murdoch on the beach, Stephen Brook, Friday 28 July 2006) – sudah tentu ada muslihat yang bahaya (PM dan KDN mesti lantik pakar Intelligence yang betul-betul bijak termasuk penganalisa media sosial Siber). Bahkan Jusuf Kalla adalah ketua pelajar yang turut aktif menjatuhkan Allahyarham Presiden Sukarno - pejuang Kemerdekaan nasionalis Indonesia yang digulingkan oleh CIA-MI5-Zionis, melalui rejim boneka Pres. Suharto – General-jeneral Sukarno dan satu juta rakyat Indonesia dibunuh dengan kejam (apalagi setelah Pres. Sukarno menubuhkan syarikat petroleum Negara). 
Bahkan, di Malaysia sendiri, Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein, adalah musuh utama Cina DAP dan penajanya, penjajah Barat-Zionis, kerana Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein begitu TEGAS menjatuhkan Cina DAP yang merusuh dengan ganas dalam Mei 1969. Dan juga kerana BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta kita ini melancarkan DEB dan menubuhkan syarikat petroleum negara, Petronas dengan amat BERANI. Maka kerana itulah, besar kemungkinan, Allahyarham bersama TPM, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI5-Zionis (kedua Allahyarham meninggal dengan ganjil dan tiba-tiba di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an) seperti Allahyarham Presiden Sukarno (juga di tahun 1970 di usia 69 tahun setelah dipenjarakan dan ditumbangkan oleh CIA-MI5-Zionis, melalui rejim boneka Suharto) – ini adalah “modus operandi” utama penjajah Barat-Zionis menumbangkan pejuang Kemerdekaan nationalis.
Maka, UMNO perlu tubuhkan pasukan tetap yang amt CERGAS dan BIJAK; di Internet sebagai “Bilik PENDEKAR”, yang MENYATUKAN idea-idea bernas, bukan hanya dari golongan muda yang ramai buta sejarah, tapi dari semua golongan, termasuk penasihat dari NGO Melayu/Islam yang setia seperti Perkasa, GPMS dan PPIM dan banyak lagi, para akademik yang setia, pahlawan Siber setia seperti Sungai Rapat Online, MIK, Darul Ehsan, dan banyak lagi, serta Utusan Melayu, untuk terus membidas di Internet dengan tangkas, bijak dan tegas tentang fakta sejarah, termasuk tidak tunduk kepada angkara durjana pengkhianatan Cina DAP/PKR terhadap hak dan warisan berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah British lagi! Dan saya cadangkan parti Bumiputera lain dari BN, MCA dan MIC juga buat serupa, terutamanya dalam bahasa Ibunda. Juga perlu dalam bahasa Inggeris. Tengoklah Cina DAP durjana yang banyak menyemarakkan api perkauman dalam blog Cina dan Inggeris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan