Ahad, 26 Mei 2013

takde siapa berani nasihatkan presiden umno kita ker

Sakit hati tengok Berita Semasa tadi....Najib nak jual Malaysia pada Cina dan India dengan Gagasan 1 Malaysia yang merugikan orang Melayu, kerana hak orang Melayu semakin hari semakin terhakis disebabkan membuka ruang dan peluang kepada India dan Cina melalui Gagasan 1 Malaysia...Kalau Tun Razak masih hidup, Tun Razak akan menangis melihat tindakan yang merugikan orang Melayu. Orang Melayu boleh terima jika pada satu hari nanti ..kuil-kuil dan tokong Cina serta gereja akan wujud bak cendawan di dalam kawasan perumahan kita seperti surau dan masjid? Kerana inilah yang akan diprjuangkan oleh kaum-kaum India dan Cina dengan berfahamkan Konsep 1 Malaysia. Apa yang saya katakan ini ada buktinya..saya pernah menghadiri satu dialog diantara Jab. Perancang Bandar dan Desa kerana mewakili ketua jabatan saya. Dialog JPBD dgn Majlis Perundingan Agama (di dalamnya Budha,Kristian dan Hindu) Dalam dialog tersebut mereka menuntut supaya disama ratakan agama-agama di Malaysia. Kalau Islam boleh ada Masjid Daerah, Kristian juga mau Gereja Daerah, Hindu juga mahukan Kuil Daerah dan Budha cuka mau Tokong Daerah....Renung2kanlah ...hasil dari Gagasan 1 Malaysia Najib yang mengharapkan sangat sokongan bukan Melayu terhadapnya...akhirnya implikasi dari Gagasan 1 Malaysia telah dinyatakan dengan jelas dalam keputusan PRU13.....Pemilihan Agong UMNO harap ada bahagian yang mencalonkan jawatan Presiden UMNO selain Najib Tun Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan